Blog

Posted in Uncategorized

Testing our new blog@wordpress

testing..testing.

Hah, dah naik berhabuk wordpress cekgu. Trying to write again, kot-kot lah menjadi. Now nak manage only one blog but with the help from another contributor – mr hafizan. hihi. Still trying…

Advertisements
Posted in travel

Itinerari 5H4M ke Osaka, Jepun dengan Bajet Bawah RM2000

Kembara ke Jepun merupakan kembara luar negara yang PERTAMA saya, suami dan rakan-rakan. Niat ke Jepun ini sebenarnya tercetus bulan Mac 2017 lagi. Pada mulanya saya hanya ingin berdua ke sana, tetapi bila memikirkan yang kembara ini merupakan kembara pertama jadi saya war-warkan pada rakan-rakan yang mahu turut serta. Akhirnya dari berdua kami bertambah ahli jadi berlima pada akhirnya.

Kenapa pilih Jepun?

Ada beberapa sebab kenapa kami pilih negara Jepun, secara spesifiknya Osaka. Kalau nak ikutkan kami masih ada beberapa pilihan negara di rantau Asia untuk dipilih. Malah ada negara yang lebih murah kos tambang pergi-balik dan penginapan serta pengangkutan namun ciri-ciri ini menyebabkan kami memutuskan untuk ke Osaka, Jepun:-

  • Reputasi Jepun sebagai negara yang bersih
    • ni memang tak boleh nak disangkal lagi. Dimana-mana sahaja SUKAR nak cari sampah. Pengalaman kami, masa dekat stesen subway tu, ada 2 je tong sampah (3 serangkai – siap untuk kitar semula). Cuba tengok keliling tong sampah tu. Tak kotor pun kan? heh heh
    • dustbin
  • Kos Penerbangan yang sederhana
    • Kalau nak dikira murah sangat, tak jugak sebab kedudukan Osaka sendiri dalam peta Jepun tu bukanlah yang terawal jika nak banding dengan Fukuoka dan Hiroshima.
    • photo_2017-12-29_00-07-12.jpg
  • Reputasi Jepun sebagai negara yang selamat untuk pengunjung.
  • Disiplin rakyat Jepun.
    • Memang betul, even kalau traffic light lampu merah, tapi tak ada kenderaan pun yang lalu lalang, pejalan kaki tetap tak kan lintas. Haaaa…ni memang menarik! Disiplin betul!!
  • Pemandangan yang menarik
    • Memang banyak tempat menarik yang ada di Osaka. Bukan sahaja cantik tetapi bersih dan menarik.
  • …dan banyak lagi sebab yang akhirnya membuatkan kami memutuskan untuk pergi dan lihat sendiri apa yang diperkatakan tentang negara ini.

PERBELANJAAN

Secara kasar, itineri kami selama perjalanan 5 hari 4 malam termasuk pergi dan balik adalah seperti berikut:

  • TARIKH : 14 – 18/12/2017 Budget = RM2000

  • Tiket kapal terbang (pergi-balik) = RM1277.10 . Tiket penerbangan kami bukan penerbangan terus tapi kami transit di Vietnam.Pergi : Kuala Lumpur-Ho Chi  Minh-Osaka.     Balik : Osaka-Hanoi-Kuala Lumpur. Kami guna website Cheap Flight untuk banding dan pilih harga terbaik + termampu lah kann… 🙂 . Kami dapat Vietnam Airlines untuk harga yang termurah. By the way, untuk muslim pastikan anda tempah makanan halal semasa membuat tempahan.
  • http://www.cheapflights.com

photo_2018-01-12_22-55-22.jpg

  • Penginapan selama 3 hari 3 malam = RM130.40 untuk seorang. Jumlah satu rumah ialah RM652.00 (tempahan melalui perkhidmatan Airbnb).http://www.airbnb.com

photo_2018-01-12_23-07-59

  • Osaka Amazing Pass. Pass ni adalah SANGAT MEMBANTU dalam perjalanan menaiki tren di Osaka. Bukan itu sahaja anda boleh pergi banyak tempat tumpuan pelancong dengan percuma dengan pass ini. Amazing kan?? sama macam namanya.
  • Pass ni ada 1-Day Pass dan 2-Day Pass. Beza dua pass ini ialah bagi 1-day pass kebanyakan perkhidmatan tren adalah percuma (tidak termasuk keretapi laju yer). Tetapi bagi 2-day pass tidak cover banyak perkhidmatan tren. Namun begitu both pass cover bayaran masuk bagi tempat tumpuan pelancong.
  • Di mana boleh dapatkan pass ini? Di Lapangan Terbang, Tourist Information Centre dan Stesen keretapi yang besar (contohnya di Namba)
  • Anda boleh lihat senarai lokasi yang di laman web ini.
  • http://www.osaka-info.jp/osp/en/ 
  • Harga Osaka Amazing Pass 1-day = ¥2500 x 3 hari = ¥7500 = RM270

photo_2018-01-12_23-42-12

  • Wifi Router = RM 168/5 org = RM33.60/individu
  • Memang free wifi kalau di area Osaka ni mudah tapi anda memang perlukannya terutama backpackers macam kami yang mencari setiap lokasi pelancongan dengan bantuan google map.
  • Anda boleh bawa free wifi ni dengan menyewanya di KLIA (anda perlu tempah dahulu dan pilih lokasi untuk ambil di KLIA). Kami tak bernasib baik kerana salah maklumat masa pengambilan – sebab excited sangat sampa salah pilih waktu. Jadi router tu dah diambil oleh orang lain)
  • Anda juga boleh sewa wifi router ni di Kansai Airport dengan caj seperti seperti diatas. Mahal sedikit sahaja daripada jika anda sewa dari Malaysia.
  • Kami sewa dari Ninja Wifi. Senang sangat nak jumpa. Dalam airport dan ada student Malaysia kerja disitu. Mudah kami berurusan.
  • Tiket train tanpa pass – oleh sebab kami guna 1-Day Pass, kami perlu beli tiket pergi dan balik dari homestay ke Kansai Airport. Kebanyakan train tak cover tiket ke Kansai. Nak ke Kansai kena naik Nankai Line. JR Line pun ada cuma tiket dia xcover ke homestay kami. So..
  • i. Airport Kansai – Namba (Masa tiba) – kami tak ke homestay terus, kami singgah ke Namba. So dari Namba kami ambil train lain ke Kamishinjo (homestay). Free sebab guna 1-Day pass.
    Nankai Line = ¥920 = RM33.10 
  • ii. Kamishinjo (homestay) – Airport Kansai (Masa balik)
    Hankyu Line + Nankai Line = ¥1900 = RM68.00
  • Makan di restoran halal 2X. 1 kali di gerai halal tepi jalan belakang bangunan.
    = ¥3500 = RM146.00
  • Kami memang hadkan makan diluar sebab nak jimat. Dan satu lagi sebab ialah nak ke satu-satu restoran Halal agak jauh dan nak mencarinya satu hal jugak. Nasib baik ada pass. Sesat banyak kali pun tak apa. Ada yang perlu naik tren dan jalan kaki agak jauh (dalam 1km). Kabanyakan masa kami bawa makanan sendiri yang dimasak dihomestay dan roti+biskut.

 

JUMLAH = RM1958.20

Masih dlm bajet… 🙂

TEMPAT DILAWATI

  • Day 1
    • Kami tiba awal dalam 7.30 pagi. Tapi sebab kami ada masalah sikit so dalam pukul 10 lebih baru keluar dari airport.
    • Cari tempat makan, tempat solat, nak simpan luggage di Namba Station (yang besar dan ramai manusia tu) memang mencabarlah… heh heh..
    • Kami tempah melalui Airbnb satu event Minum Petang & Kimono. Haaa…memang menarik. Boleh cari kat airbnb yer.